Klik Dengan Bijak Tayangan Video
6 Disember 2015 | Aktiviti TerkiniPada 5 Disember 2015, Pusat Internet Kg Pandan Lundu telah mengadakan kempen Klik dengan Bijak tanyangan video KDB di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Pandan Lundu . Tanyangan Video ini bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 9.30 pagi, beserta dengan sedikit penerangan mengenai video tersebut. Tanyangan video ini telah dihadiri oleh 7 peserta terdiri daripada penduduk Kampung Sekambal Lundu. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain, memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri dan menerapkan nilai tanggungjawab bersama dalam mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
• Mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan etika dalam penggunaan internet
• Memberi pendedahan kepada pengguna tentang perkara yang harus dielakkan dan dikawal semasa berinternet.
• Menerapkan nilai tanggungjawab bersama dalam mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
• Tayangan video Klik Dengan Bijak
• Penerangan untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang adab ketita berinternet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: